Durrani Asyrani Childcare Center

Durrani Asyrani Childcare Centre

Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Berdaftar Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tentang DACC

Durrani Asyrani merupakan Taska dan Pusat Jagaan harian untuk si comel yang berusia 2 bulan hingga 12 tahun. Kami berpengalaman selama 12 tahun dalam perkhidmatan menjaga dan mendidik si comel. Sementara ini kami mempunyai 2 cawangan iaitu di Taman Perling dan Kempas Baru, Johor. Kami percaya dan yakin ibu bapa mahukan didikan yang terbaik di peringkat awal anak-anak mereka.

Si Comel Permata Kebanggaan Kami

Dalam kami menjaga dan mendidik anak-anak, kami telah mengikut spesifikasi dan modul yang diterapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mereka membesar dengan sempurna tanpa kerisauan para ibu dan bapa apabila berada di luar atau di tempat kerja.

Modul DACC

Sahsiah, Sosioemosi & Kerohanian

Fizikal & Psikomotor

Bahasa, Komunikasi & Literasi Awal

Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran

Awal Matematik & Pemikiran Logik

Kreativiti & Estetika

Kelebihan DACC

Tempat Selesa

Kanak-kanak diasing mengikut peringkat kumpulan dan umur. Kami mengikut nisbah dan spesifikasi yang ditetapkan oleh JKM.

Aktiviti

Melakukan aktiviti mengikut modul yang ditetapkan oleh JKM mengikut peringkat umur. Termasuk aktiviti dalam, luar dan lawatan sambil belajar.

Keselamatan

Kawasan taska dan pusat jagaan adalah kawasan berpagar yang dilengkapi CCTV. Juga dilengkapi dengan peti pertolongan cemas (First Aid Kit)

Perkembangan Anak

Di lengkapi buku log harian dikemaskini setiap hari dan log perkembangan setiap 6 bulan.

Para Pendidik

Para guru di sini diberikan pelbagai latihan dalam mengajar, melatih, mendidik anak-anak DACC mengikut modul ditetapkan JKM.

Komuniti

Group whatsapp di wujudkan untuk memaklumkan sebarang info terkini berkaitan taska.

|

Apa Kata Ibu Bapa

Alhamdulillah anak saya serasi dengan Taska Durrani Asyrani..teacher semua baik2 dan sangat friendly. Recommended ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️- Puan Aida Ashiqin

Best childcare ever. Tak menyesal hantar anak kat sini. Perkembangan anak, penjagaan anak, semua tip top! – Puan Hajar Nadhirah

Alhamdulillah. Sgt2 berpuas hati..pendidik yg sgt2 friendly dan mesra kanak2.. semoga DACC terus maju jaya.. terima kasih kerana menjaga anak2 kami dgn baik & ikhlas. – Mrs Ben

Pusat asuhan yg diberi kepercayaan mengasuh menjaga mendidik anak sejak dari usia 3 bulan sehingga hampir 2 thn, teacher² yg begitu menjiwai pekerjaan mereka, berilmu dan sabar dgn 1001 karenah n ragam anak². Tkasih DACC, semoga sentiasa kekal cemerlang. – Puan Nor Syuhada

Sangat berpuas hati. teacher semua baik, friendly dan alhamdulillah anak baik2 sahaja sepanjang di taska. aktiviti hari2 berlainan dan fun for the babies and toddler. – Puan Nurul Aina

Teacher sangat caring dan peramah selalu update mommy keadaan baby. The best taska sambil menjaga Teacher ada aktiviti juga untuk baby. Thank you tc ❤️ – Puan Fetty Asmira

Pakej DACC

Ikuti kami di:

Dimiliki oleh Durrani Asyrani Child Care Centre JM0731662-H

2025 DurraniAsyrani.com © Hak Cipta Terpelihara.

×

Hai!

Kalau ada pertanyaan jangan segan chat Teacher ok

× Chat Teacher Di Sini